5 Makanan Untuk Jaga Kesihatan Jantung Berdegup Laju Pesakit Hipertiroid.


Salah satu gejala atau simptom yang melanda penghidap hipertiroid adalah jantung berdebar debar atau lainnya dipanggil jantung berdegup laju. Jantung berdegup laju ni disebabkan kelenjar tiroid menghasilkan lebih hormon dan beri kesan kepada jantung untuk berdegup secara tidak normal.

Masa kak lia dapatkan rawatan doktor diklinik biasa, doktor nasihatkan untuk dapatkan rawatan lebih lanjut untuk masalah hipertiroid ni sebabnya, bacaan hearbeat melebihi 100 bpm. Jika jantung berdegup terlalu laju, dikhuatiri jantung boleh bengkak dan akan ada kesan sampingan lain.


Risau jugak dengar masa doktor explain masa tu. Bacaan pulse untuk degupan jantung kak lia melebihi 100 bpm. Pernah suatu masa, bacaan jantung berdegup laju sehingga 120 cpm.

Apa kak lia rasa masa tu? Memang masa hormon tengah tinggi, kak lia cepat rasa mengah. Nafas macam semput. Pastu dada ni berdebar debar. Berdebar tu sampai rasa macam pedih. Nak kata pedih macam mana tu tak tau nak explain tapi rasa tak selesa tiap kali dada tu berdebar.

Selain daripda tu, bila jantung berdegup laju, kak lia akan rasa cepat panas. Orang lain sejuk, kita rasa panas semacam. Tangan berpeluh berair jelah. Tu salah satu gejala hormon tiroid tengah tinggi. Bila dah panas tu, mulalah mood tu melior swing kehulu kehilir. Hahha kesian husband kak lia.

Rawatan untuk jantung berdegup laju bagi pesakit tiroid.

Degupan jantung yang laju perlu dikawal. Kalau tak kawal, macam kak lia cakap tadi lah, doktor kata jantung boleh jadi bengkak. Banyak lagi lah kesan sampingan lain. Berdebar-debar tu baru sikit orang cakap. Hehehe. Kalau up sikit lagi dari berdebar tu, kita cakap Atrial Fibrillation. Apa kebenda pulak tu. Baca sini k. Kak lia pun tak reti nak explain macam mana. Kak lia punya Alhamdulillah setakat berdebar-debar je.

Kalau ke hospital, doktor akan buat check secara berkala degupan jantung ni. Kalau bacaan tak berapa comey, kejap ok, kejap tak, doktor mintak buat ECG atau test jantung yang lain. Pengalaman kak lia, doktor buat EKG jelah. Letak benda bulat point logam tu kat kawasan nadi. Pastu nanti adalah bacaannya (graf turun naik).

sumber : jantung oke
Masa hormon kak lia tengah carca marba dulu, jantung asyik berdebar-debar (bukan sebab jatuh cinta yer), doktor bagi ubat untuk makan. Nama ubat tu propanolol. Setengah biji atau sebiji sehari bergantung pada situasi kesihatan kak lia masa tu lah. Kalau berdebar je, kak lia telan lah. Sekarang ni, dah kurang rasa berdebar, cuma jantung je masih berdegup laju tapi still undercontrol, so kak lia tak makan sangat ubat propanolol tu.

Bagi penghidap hipertiroid, aktiviti fizikal seperti bersenam tu tak boleh nak over-doing sangatlah. Dikhuatiri membebankan jantung untuk bekerja. Dapatkan nasihat doktor atau pakat untuk aktiviti fizikal untuk kesihatan.

Makanan untuk jaga kesihatan jantung.

1. Sayur dan buah
2. Makanan tinggi serat
3. Makan ayam, ikan dan kekacang 
4. Produk tenusu yang kurang lemak
5. Makan makanan yang kurang berminyak.
Antara cadangan makanan yang lain termasuklah makan secara sihat dan terkawal. :)

Bagi kita penghidap hipertiroid, jangan stress dengan keadaan kesihatan yang ada. Kita masih mampu mengurangkan gejala seperti jantung berdegup laju ni. Berikan makanan terbaik untuk jantung kita supaya jantung kita kuat dan sihat dan boleh bekerja dengan baik.

Labels: