Kesan Sampingan Hipertiroid Pada Kesihatan Jika Tidak Dirawat Sebaiknya.

Kesan Sampingan Hipertiroid Pada Kesihatan


Setiap penyakit jika tak dirawat sebaiknya, boleh memberi kesan negetif pada tubuh badan kita. Contoh kalau kita demam, suhu badan yang terlampau tunggu boleh menyebabkan kita jadi sawan. Begitu juga dengan masalah hipertiroid. Jika simptom hipertiroid tidak dirawat dan dikawal sebaiknya, ia akan memberi kesan negetif pada badan seperti jantung boleh jadi bengkak sebab degupan jantung terlalu laju. Ada beberapa lagi kesan sampingan hipertiroid pada kesihatan tidak dirawat sebaiknya. Teruskan bacaan anda ok. :)

Komplikasi kesan sampingan hipertiroid pada kesihatan.

1- Masalah jantung.




2 - Tulang rapuh.
  • antara kesan sampingan hipertiroid pada kesihatan jika tidak dirawat sebaiknya boleh mempengaruhi kesihatan tulang pesakit. Ini kerana, kalsium dalam badan akan banyak keluar melalui air kencing dan najis dan badan tak upaya nak serap kalsium dengan lebih optimum. Oleh itu, pesakit hipertiroid perlulah minum lebih susu atau makan makanan yang tinggi kalsium bagi mengelakkan masalah reput tulang.
3 - Masalah mata
  • mata pesakit kelihatan tersembur keluar, kemerahan, berbalam dan penglihatan kabur (double and blurry vision) dan paling menakutkan, pesakit boleh hilang penglihatan. Hormon tiroid yang tinggi akan menyebabkan keradangan pada bahagian mata (otot dan tisu lemak dalam soket mata) dan menolak mata kedepan.
Kesan Sampingan Hipertiroid Pada Kesihatan

4 - Masalah kulit
  • kulit jadi kemerahan. Kak lia dulu pernah rasa pada bahagian kaki, kulit macam bersisik dan kering. Mungkin tu juga salah satu tanda awal hipertiroid tapi kak lia tak sedari dari awal. Dalam masa yang sama, pesakit hipertiroid ni akan berasa panas dan berpeluh. Ini juga membuatkan pesakit tak selesa dan naik ruam ruam peluh.
Komplikasi lain kesan sampingan hipertiroid  pada kesihatan pesakit jika tidak dirawat sebaiknya juga boleh menyebabkan berlakunya komplikasi seperti dibawah.



Nasihat kak lia, jika anda ada gejala dan simptom hipertiroid, silalahlah rujuk kepada doktor secepat mungkin. Jangan tunggu sehingga sakit tu dah teruk baru nak jumpa doktor. Sesungguhnya hipertiroid itu bahaya dan memberi kesan sampingan pada kesihatan jika tidak dirawat sebaiknya dari awal.  Rujuk terus kepada pakar untuk rawatan susulan. 

Kesan Sampingan Hipertiroid Pada Kesihatan

Untuk mendapatkan konsultasi produk, hubungi nombor whatsapp dibawah.

Labels: , ,