Apa Itu Hipertiroid, Fungsi Dan Simptom Yang Dihadapi Oleh Penghidapnya? Jom Baca Pengalaman Seorang Wanita Penghidap Hipertiroid Ini.



Sejak dua menjak ni kak lia sering dengar masalah berkaitan tiroid dimana yang menghidapnya pula kebanyakannya kak lia tau dari kalangan wanita. Yes! Kak lia juga sebenarnya seorang penghidap tiroid atau lebih spesifik lagi penghidap hipertiroid. Tiroid ni terbahagi dua, hipotiroid dan hipertiroid. Apa itu hipertiroid? Bahaya ker penyakit ni? So kali ni kak lia nak kenalkan penyakit ni pada kawan kawan khasnya wanita tentang apa itu hipertiroid, fungsi tiroid dan simptom yang dihadapi oleh pesakit.


Apa itu hipertiroid?

Hipertiroid ni adalah penyakit dimana hormon tiroid T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine) melebih dalam badan. Hormon tiroid ni dihasilkan pada bahagian kelenjar tiroid yang bentuk dia macam rama-rama, di bahagian hadapan leher. Haaa imagine acaner tu? Hormon tiroid ni pula fungsinya mengawal metabolisma badan dari segi pengeluaran tenaga.

Bila hormon yang dihasilkan melebihi had yang sepatutnya badan perlukan, terjadilah hipertiroid. Selain daripada kawal metabolisma badan, ia juga akan mempengaruhi corak pernafasan, degupan jantung, berat badan, suhu badan dan fungsi badan yang lain termasuklah sistem pembuangan.

Kesan apabila hormon tiroid berlebihan?

Bila hormon dalam badan kita berlebihan, ia mengganggu sistem kerja badan kita. So kita akan rasa beberapa situasi yang tak selesa. Antara kesan bila tiroid kita berlebihan dan tak dirawat sebaiknya :



1) berdebar debar
2) tangan menggeletar (shaking) dan berpeluh
3) sembelit/cirit birit
4) jantung berdegup laju
5) rasa panas walaupun cuaca sejuk
6) mood selalu tak menentu
7) badan kurus
8) cepat letih
9) mata tersembur keluar
10) bengkak pada leher

Bagaimana nak tahu seseorang tu mendapat masalah hipertiroid? Apalah simptom hipertiroid.

Antara simptom/gejala normal yang berlaku pada awal awal menghidap hipertiroid adalah seperti:

Pengalaman Kak Lia masa mula mula tahu menghidap hipertiroid.

Simptom hipertiroid tu dah mulai rasa sebelum kak lia kawin lagi. Masa anak dara tu rasa dah simptom/gejala hipertiroid ni. Apa kak lia rasa? Antaranya kak lia rasa ada sesuatu yang block dalam leher kak lia bila kak lia telan. Tapi tak sampai tahap sesak nafas lagi lah. Alhamdulillah

Masa zaman muda muda dulu jugak, period kak lia memang tak teratur. Kadang kadang 2-3 bulan datang sekali. Memang masa tu ingat benda tu normal. Perubahan hormon, tapi sebenarnya slowly dah ada masalah hipertiroid ni. Kulit pun jadi kering dan sedikit bersisik.

Bila meningkat usia, masa time nak dekat dekat kenduri kahwin. kak lia realize yang badan kak lia sangat sangat kurus. Cengkung pun ada sampai mak cik mak cik pun tegur kenapa makin dekat hari kenduri makin kurus. Kak lia memang tak sedor lagi masa tu dah ada hipertiroid sebab tak pergi proper check-up.

Sesekali datang berdebar debar. Kalau dulu berdebar tu sampai rasa pedih sangat dada. Tak selesa. Bacaan heartbeat tak usah cakap, selalunya lebih 100 pulse. Hahaha dengar pun dah dapat tau. Lub dup lub dup berkejaran.

First checkup hamil, baru confirm hipertiroid.

Bila dah kawin, terus lekat, bunting pelamin, disinilah bermulanya bagaimana kak lia tau kak lia ada masalah hipertiroid. Huhuhuhu. Nurse tanya, ada masalah lain tak semasa hamil. Terus je kak  lia bagitau pasal leher kak lia. Kak lia cakap, bila nak telan makanan or telan air, rasa ada something block kat leher kak lia tapi tak adalah sampai ganggu pernafasan, terus misi klinik cek dan terus periksa, suspect tiroid.

Nurse periksa leher, nampak normal, pastu nak double confirm terus dia mintak ambik sample darah tiroid. First time masa hamil, kak lia kene berkejaran sana sini periksa darah, ambil ubat, jumpa pakar dan refer klinik kesihatan.

Cut story short, ujian darah memang sah kak lia ada tiroid. Bukan biasa biasa, dia kasi hipertiroid terus. Disitu bermulalah perjalanan kak lia follow up dan temujanji pakar di HKL dan sekarang ni, sambung HSNZ, Kuala Terengganu. Now dah almost 6 tahun dah kak lia bersama hipertiroid kak lia ni.

Next post kak lia cerita lagi, macam mana kak lia handle masalah hipertiroid kak lia, apa kak lia buat, perasaan bila dapat tahu dan macam mana kak lia lalui treatment hipertiroid semasa hamil dan selepas hamil.

Kak lia ada rahsia jugak nak cerita. So stay tuned ok. Insyallah. Jangan lupa follow cerita hipertiroid kak lia ni yer.

Apa Itu Hipertiroid, Fungsi Dan Simptom Yang Dihadapi Oleh Penghidapnya? Jom Baca Pengalaman Seoang Wanita Penghidap Hipertiroid Ini.

Antara Testimoni Shaklee untuk masalah tiroid.

Apa Itu Hipertiroid, Fungsi Dan Simptom Yang Dihadapi Oleh Penghidapnya? Jom Baca Pengalaman Seoang Wanita Penghidap Hipertiroid Ini.


Apa Itu Hipertiroid, Fungsi Dan Simptom Yang Dihadapi Oleh Penghidapnya? Jom Baca Pengalaman Seoang Wanita Penghidap Hipertiroid Ini.






Labels: , , ,