Kempen Pinggan Sihat Malaysia Suku Suku Separuh Amalan Pemakanan Yang Sihat.

Orang Malaysia sangat sinonim dengan tabiat suka makan. Sejauh mana tabiat makan ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menikmati gaya hidup sihat melalui kempen pinggan sihat suku suku separuh yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan kita, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

credit : http://drsubra.com

Kempen pinggan sihat Malaysia suku suku separuh adalah salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengajar kita untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Apa yang kak lia lihat dan amati, kempen pinggan sihat suku suku separuh ni adalah satu budaya makan yang bagus, wajib diamalkan oleh semua peringkat usia.



Cadangan suku suku separuh yang lengkap


Kalau dahulunya kita diperkenalkan dengan sistem piramid makanan bagi melengkapkan nutrisi harian, tapi bagi kak lia, kempen suku suku separuh ni lagi mudah bagi kita untuk ajar diri kita untuk makan secara lebih sihat dan lengkap.

Piramid makanan seimbang yang perlu diamalkan.

Kempen Suku Suku Separuh Amalan Pemakanan Yang Sihat.

Kak lia suka perhatikan orang orang kita bila pergi makan di tempat kenduri orang kawin ataupun di kedai makan. Gelagat rakyat Malaysia bila tengok makanan memang sangat teruja. Apa yang boleh kak lia katakan sebagai pemerhati jarak jauh, orang kita masih kurang sedar untuk mengamalkan gaya amalan pemakanan yang sihat dengan mengamalkan pinggan sihat suku suku separuh.

Bayangkan, bila dah beratur dibarisan ambil lauk makanan samada dikedai mahupun di majlis kenduri, sorang sorang ambil nasi mak oiiiii, semunya lebih dari separuh pinggan makan serta menggunung. Baik lelaki mahupun wanita.

Terkejut jugaklah kak lia tengok. Tapi kak lia pun tak nafikan, sebelum kak lia sedar dan praktikkan amalan pinggan sihat suku suku separuh ni, kak lia sendiri pun tak ambik cakna bab bab jaga makan ni. Bila dah belajar dan sedar diri tu, kita kenelah amalkan. Betul ke betul?

Antara tips untuk amalkan pinggan sihat siku suku separuh ni yang kak lia sendiri belajar dari nutritionist shaklee, mula mula kita penuhkan separuh pinggan kita dahulu dengan sayur dan buah. Wajib ambil yang ni first bagi mengelakkan kita amil bahagian lain lebih.

Nutritionist shaklee ajar kami tentang portion makanan
yang parlu diambil

Ujian 5 minit, belajar portion makan
yang betul dalam kelas shaklee

Portion separuh sayur dan buah ni pastikan mengandungi warna makanan yang pelbagai. Contohnya, ada sayur hijau, putih dan merah begitu juga sebaliknya untuk buah buahan.

Nutritionist shaklee ada cakap, sebagusnya dan semoleknya, ada 7 jenis warna untuk satu hidangan sayur dan buah, tapi kalau tak cukup 7 warna pun, paling kurang pilihlah 3 warna yang berbeza untuk dimakan. Jenuh jugaklah nak mencari 7 warna makana kan. Itulah hakikatnya betapa berharganya kesihatan kita ni.

Sokongan Pihak Kementerian dalam menjayakan kempen pinggan sihat suku suku separuh Malaysia.

Bagi anda yang masih blur atau kurang pasti mengenai kempen suku suku separuh ni, anda boleh layari portal yang disedia oleh kerajaan untuk Kempen Suku Suku Separuh ni (klik sini) dan juga portal Bahagian Pemakanan KKM (klik sini)  untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai kempen pinggan sihat suku suku separuh Malaysia.




Download aplikasi MyNutriDiari di Play Store

Lagu Suku Suku Separuh.


Lagu : Kementerian Kesihatan Malaysia


Lagu : Upin & Ipin


Pinggan Sihat Suku Suku Separuh Shaklieya.








Sedap tak lauk dalam pinggan sihat suku suku separuh kak lia ni? Nanti korang pun cuba yer. Selamat makan dan amalkan suku suku separuh walau dimana kita berada. Insyallah. Lepas makan, telan vitamin ok.

Labels: