Topik harini kita keluar sikit dari kebiasaan kak lia bercerita di blog. Harini kak lia nak story pasal cadangan tempat makan yang best disekitar bandar Kuala Terengganu. Ni melalui pengalaman kak lia sendiri lah gi makan dibeberapa buah kedai yang ada disekitar Kuala Terengganu.
Actually jarang jugak seenarnya kak lia jalan jalan cari makan sekitar Bandar Kuala Terengganu ni. Most of the time kalau beli pun kat kawasan area rumah je. (tapi sebebnarnya makanan warung biasa pun sedap dari yang top top) tapau pastu makan kat rumah. Selesa pun selesa memandangkan kak lia ada anak anak kecik. Husband kak lia pun prefer makan kat rumah je.
So, jom kita tengok cadangan tempat makan yang best di sekitar Bandar Kuala Terengganu pilihan kak lia.
Cadangan tempat makan best di Kuala Terengganu.
1) Syrup VS Soda
First time kak lia makan masa dapat bonus Shaklee. Treat husband and anak anak makan luar. Kak lia pilih kedai Syrup vs Soda ni. Terletak di tengah tengah bandar Kuala Terengganu. Lokasi disini. Makanan western ada, melayu ada, dan makanan orang Terengganu pun ada. Apa yang best, harga dia memang terbaik dan berbaloi. Tak mahal laa bagi kak lia.Haritu masa kak lia makan, 4 hidangan 1 air, tak sampai rm50 pun. Sangat reasonable la bagi kak lia. Yang penting, portion makanan banyak dan sedap.
2) D'Tunggal Seafood
|
Makan malam bersama upline upline shaklee Kak Nadia (mak shaklee), Master Hadha (onyang shaklee) |
Ni salah satu tempat makan favourite mak shaklee kak lia. Dia memang selalu bawak makan kat sini. First time kak lia makan kat D' Tunggal Seafood ni pun sebab mak shaklee kak lia bawak belanja makan. Makan free semua sedap kan?? Tapi memang makanan dia terbaik. Kak lia suka ketam masak telur masin. Seafood fresh fresh semua. Terletak offset skit dari bandar Kuala Terengganu. Kalau nak pergi kedai ni waktu malam, sila awal sebab kedai ni selalu full house. So far, D' Tunggal Seafood memang cadangan tempat makan yang kak lia akan suggest pada family. Kedai beroperasi waktu malam.
3) Warung Kak Yah Kuala Ibai
Makan tengahari gi lah ke warung kak yah kuala ibai (kualiba). Warung kecik je tepi jalan tapi manusia, masyaallah, ramai menderu. Lokasi paling mudah, kalau korang dari bandar Kuala Teengganu nak menuju ke Marang, warung kak yah sebelah kiri sebelum naik Jambatan Kuala Ibai, selepas masjid terapung. Makesure datang awal. Kalau tak, memang tak de tempat mau makan. Warung ni mensajikan makanan lauk budu, ulam dan yang terbaik, air asam kak yah. Thumbs up.
4) Nasi Dagang Atas Tol vs Nasi Dagang Kak Pah
|
Nasi dagang Kak Pah, Batu Buruk |
|
Nasi Dagang Atas Tol, Kg. Atas Tol |
Dua dua kedai ni viral di Terengganu. Penangan nasi dagang terengganu yang buat semua orang beratur dan sanggup tunggu lama untuk dapatkan menu utama makan pagi iaitu nasi dagang. Kalau datang lambat? Jawabnya balik dengan tangan kosong lah. Lepas subuh, makesure dah beratur depan kedai ok! kak lia dah rasa kedua dua nasi dagang, masing masing ada kesedapan tersendiri. Tapi apa kak lia boleh cakap, worth to 'Q' panjang.
5) Warung NR Cafe, Tok Jembal.
Bagi yang suka makan malam yang ala ala romantik gitu, kak lia cadangkan ke NR Cafe, terletak di kawasan Tok Jembal. Suasana makan ala ala kampung, warung dari kayu, dan satu pengalaman berbeza bila masuk dalam restoran. Kak lia first time ke sana, husband kak lia belanja makan. Teruja tengok suasana waktu malam. Dengan lighting dan pokok pokok. Makanan yang disediakan? Ada seafood, bakar bakar, dan masakan panas. Kak lia cuba mee ketam. First time makan mee ketam. So far boleh laa. Rasa not bad. Tapi portion makan banyak. So, kalau korang nak candle light dinner, NR Cafe ni sangatlah sesuai.
6) Warung Pok Nong
Warung pok nong. Untuk anda yang tak mau makan nasi atau yang heavy heavy laa kan, nak makan celup tepung yang sinonim dengan negeri terengganu, warung Pok Nong adalah tempatnya. Dibuka seawal 2 petang untuk hidangan celup tepung. Ada udang celup tepung, sotong dan ikan. Tip top memang best. Tapi tak tahan tu kene beratur panjang. Ramai giler orang setiap hari yang dia buka.
Kalau nak listkan cadangan tempat makan best di Kuala Terengganu ni memang tak habis. Banyak sangat kut. Semua ada kelebihan masing masing. Dari makan pagi sampai ke malam, melantakntak habis habis. ;)
Yang kak lia pilih ni semua yang majoriti orang Terengganu pun pi hadap makan. Bukan takat orang luar je. Kedai kedai pilihan pun tak delah se grand restoran mewah semua tu. Walaupun warung tapi penangan makanannya mengusik Qolbu.
Antara list lain cadangan tempat makan yang best di Kuala Terengganu ni boleh laa google antaranya:
- Pok Rashid Ikan Bakar
- Restoran Mat Binjai
- Gossip Kitchen
- Hazlan Bistro
- Restoran Payang Serai
- AnZ Restoran
So silalah menjamu selera di port port makan cadangan tempat makan best di Kuala Terengganu ni ok. Kalau boleh rasai kesemuanya sebab korang tak akan dapat rasa ditempat lain. Kalau ada pun tak akan sama 100%.
Kalau nak makan tu. beringat beringat jugak laa yer. Makan makan juga. kesihatan kene jaga. Jaga kolesterol terutamanya bagi yang suka makan seafood. ok?! Tapi jangan risau, kak lia ada makanan tambahan untuk halang kolesterol jahat bermaharajalela dalam badan.
Jom order sesiap set penghalang dan blok kolesterol shaklee. Kita cegah sesiap mana mana yang boleh beri kesan negetif pada kesihatan kita. Makan sedap laa katakan.
Bagi kakak abang, pakcik makcik, enjoy food kalian sebaiknya Welcome to Terengganu. Negeri cantik budaya menarik. Sebelum datang Terengganu, klik gambar tu dulu order vitamin ok.
Tapi kalau lupa, jangan risau, call kak lia bila dah sampai terengganu, nanti kak lia COD kan. Enjoy the holiday. Vacay vacay.
Love,
Shaklieya
Labels: Travel Shaklee