Apa Risiko Yang Boleh Dihadapi Pesakit Tiroid Jika Tak Makan Ubat Seperti Yang Dicadangkan.

Doktor pakar 1 : 'ubat jangan skip'

Doktor Perubatan : 'unat jangan tinggal, jangan tak makan ubat'

Pegawai perubatan : 'ubat ada lagi? jangan skip makan ubat yer!'

Pendek kata, sebagai seorang pesakit tiroid, pengambikan ubat sangat sangat penting. Kalau doktor tahu kita skip ubat, mesti kene 'bebel' a.k.a nasihat tegas dari doktor.

Kak lia pernah terputus bekalan ubat (hold nak gi hospital sebab nak tunggu tarikh appointment, sekali terus ambil ubat). Doktor terkejut. Marah dalam senyuman.

Gitulah doktor. Dapat pesakit degil memang susah kan. Samalah dengan kak lia, dapat customer shaklee yang culas makan vitamin. Tapi culas makan ubat tiroid lagi BAHAYA.

Bahaya ker skip atau tak makan ubat tiroid?

Apa risiko yang pesakit boleh dapat, apa risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit tiroid kalau mereka ni liat dan malas nak makan ubat.

1) boleh jadi sesak nafas dan boleh dikejarkan ke ICU dan mungkin ada peluang 50-50 untuk hidup

2) simptom makin teruk seperti, mata membonjol keluar, rambut gugur, dan rasa berdebar yang tinggi

3) susut berat badan. badan jadi kurus, kalau kurus sihat tak pa, ni kurus berpenyakit. So not good.

4) ada jugak yang alami masalah kulit kering, gatal gatal dan kulit kemerahan

Failing to treat hyperthyroidism can increase your risk of stroke or heart attack. A subset of untreated people with hyperthyroidism also develop a very dangerous condition known as thyroid storm, which has a high fatality rate. - website bacaan tiroid 
AWAS! JANGAN SESEKALI SKIP UBAT JIKA BACAAN TIROID ANDA MASIH BELUM STABIL DAN MASIH MAKAN UBAT TIROID DALAM DOSE YANG TINGGI.

Tak rugi pun kita follow apa yang doktor nasihatkan. Semua yang doktor bagitau tu untuk kebaikan diri kita jugak. Tapi kak lia faham, muak jugak nak telan ubat setia hari. Macam kak lia senidri, kekadang ada hari yang kak lia skip ubat tapi jangan skip ubat terlalu lama (jika keadaan badan anda masing tidak stabil)

Selain daripda tu, sila jaga pemakanan, senaman yang berpatutan dan hidup secara sihat.

Alhamdulillah, selain daripada amalan gaya hidup sihat, kaka lia juga amalkan vitamin dan banyakkan makan sayur dan buah.

Harini mungkin anda rasa diri anda sihat, tapi fikirkan 10-20 tahun akan datang. Jangan skip ubat tiorid ok!

Pesanan dari kak lia untuk korang semua. Dengar cakap doktor, jangan malas malas makan ubat ok!

Labels: